Motivasi Sebagai
Pengarah Tuju & Penggerak Tindakan Perkataan MOTIVASI
adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris -"MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh
Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam
surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan".
Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang
mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan. Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi
adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah
sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau
mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.
Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa:
"Motivasi
adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam
tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."
2. Motivasi Sebagai
Pendorong
Tujuan atau motif
adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau
cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang
itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan
usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan. Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki,
diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang,
sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga
matlamat yang telah ditetapkan. Jadi,
dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula
dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
Oleh itu, bolehlah kita membuat kesimpulan di sini bahawa:
Oleh itu, bolehlah kita membuat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi
penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa
juga yang diinginkan."
3. Motivasi Sebagai Darjah
Kesungguhan
Tahap kepentingan
sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya
berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang
dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau
kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.
Oleh itu, bolehlah juga kita membuat kesimpulan di
sini bahawa:
"Motivasi
adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha
untuk mencapai tujuan atau matlamatnya."
4. Motivasi Sebagai
Stimulator
Seseorang lelaki
dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji
untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami
isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan berbuat demikian. Itulah sebab
makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila
ada halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil
perkahwinan di dalam negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak
nak, seribu dalih."
Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa:
"Motivasi
adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap
sesuatu yang benar-benar diingini."
5. Motivasi Sebagai
Pemangkin Keberanian
Apabila kita
betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi
perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; maka, keberanian,
kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan
bahawa:
"Motivasi
adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan
kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini
serta diyakini boleh dicapai / perolehi."
No comments:
Post a Comment